Foto: telegraph.co.uk
RIO DE JANEIRO: Juara bertahan, Sepanyol tersingkir daripada Piala Dunia selepas aib tewas kepada Chile 2-0 dalam aksi Kumpulan B sebentar tadi - sekali gus menanggung dua kekalahan berturut-turut dalam tempoh lima hari.
Kemenangan Chile menerusi jaringan daripada Eduardo Vargas dan Charles Arranguiz pada babak pertama menjadikan wakil dari Amerika Selatan itu dan Belanda muncul pasukan pertama berjaya layak ke pusingan kedua.
Sepanyol - berbaki satu lagi perlawanan kumpulan menentang Australia - akan pulang menggigit jari selepas mendominasi pentas bola sepak global dengan kejayaan menjuarai Euro pada 2008 dan 2012 dan Piala Dunia 2010.
Mereka juga menyamakan rekod Itali yang tersingkir pada 1950 selepas tewas dua perlawanan pertama. Bagi Chile ia adalah kemenangan pertama ke atas Sepanyol selepas 11 pertemuan.
Chile akan menentang Belanda pada 23 Jun ini untuk menentukan juara Kumpulan. - AFP

bye2 spain
ReplyDelete