GAMBAR Nora bersama Dre (kiri) dan anak kandungnya, Putera Rayqal Ramli yang dimuat naik ke dalam laman Instagram.
KUALA LUMPUR – Pelakon cantik, Nora Danish Mohd. Hanif mengakui amat terkejut apabila mengetahui terdapat pihak yang kurang senang dengan dirinya berikutan kerap memuat naik gambar bersama Dre atau nama sebenarnya, Nedrin, 2, yang merupakan anak kepada lelaki dikaitkan dengannya, Nedim.
Menurut Nora, 32, selama ini dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut sehinggalah dia diajukan pertanyaan oleh wartawan sewaktu menghadiri majlis prebiu filem Pengantin Malam, Isnin lalu.
“Memang terkejut apabila ada pihak yang cuba menghentam saya mengenai perkara ini dan tidak berani hendak komen lebih lanjut. Rasanya tidak ada masalah pun kalau saya bergambar dengan Dre.
“Selama ini, saya dan bekas isteri Nedim (Nabilah Khan) tidak pernah bergaduh dan kami juga tidak pernah berjumpa. Lagipun, bukan saya menjadi penyebab utama Nedim dan bekas isterinya berpisah,” luah pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Puteri itu.
Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan, ada pihak yang kurang senang dengan tindakan Nora kerana kerap memuat naik gambar dirinya bersama Dre sehingga pelakon filem Pengantin Malam itu dihamburkan kata-kata keji serta menyuruh dia pulang ke negara asal ibunya, Myanmar.
“Apa salah saya sehingga ada yang kurang senang dan burukkan diri ini. Sudah tentu situasi ini membuatkan saya berasa sangat sedih, sedangkan tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan.
“Saya tidak kisah apa yang orang hendak kata kerana sedar dalam kehidupan ini memang ramai yang iri hati dengan kebahagiaan yang dinikmati orang lain,” jelasnya.
Sumber

sentiasa ada yang memerhati
ReplyDeleteKalau dah nama artis apa pun dibuat mesti ada yg nak komen. Kesian juga kan..
ReplyDelete