Suarez pulang ke Uruguay selepas digantung FIFA


MONTEVIDEO: Penyerang, Luis Suarez pulang ke Uruguay, semalam selepas dikenakan hukuman paling berat dalam Piala Dunia gara-gara menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Menurut kenyataan, Persatuan Bola Sepak Uruguay, penyokong di negara berkenaan membuat persiapan menyambut kepulangan bintang mereka itu ke ibu negara itu, di sini nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu yang beraksi untuk kelab Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris dijangka akan berlepas dari Brazil ke Uruguay bersama keluarganya, menurut laporan stesen televisyen Subrayado.

Terdahulu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Suarez sembilan perlawanan antarabangsa dan dilarang terbabit dalam kegiatan bola sepak selama empat bulan selain dikenakan denda 112,000 dolar (RM360,000). - AFP

Sumber

No comments:

Post a Comment