Setelah 100 tahun, kotak hadiah Perang Dunia I akan dibuka pertama kalinya

Kotak hadiah perang dunia I yang akan dibuka setelah 100 tahun

LONDON - Sebuah kotak hadiah yang dihantar oleh keluarga diraja untuk tentera semasa Perang Dunia I akan dibuka untuk pertama kalinya.

Walaupun pakej tersebut masih terpateri, tapi sinar-X menunjukkan di dalamnya terdiri dari 81 tin gangsa yang mengandungi rokok, gula-gula, kad Krismas dan pensil yang diperbuat daripada kelongsong peluru.

Metro melaporkan, Selasa (17/6/2014), kotak yang dibungkus dengan kadbod ini adalah salah satu daripada beribu-ribu hadiah yang dihantar selama musim sejuk 1914 oleh Puteri Mary iaitu puteri kepada George V.

Hadiah ini akan dibuka bulan ini oleh cucu perempuan dari pemimpin tentera Lord Kitchener. Isi dari kotak tersebut kemudian akan dijual melalui lelongan yang disasarkan boleh terjual sebanyak 30 ribu pound.


Menurut Patrick Bogue dari rumah lelong Onslows, di Blandford Forum, Dorset, kotak tersebut menjadi satu misteri kerana ia tidak dibuka selama 100 tahun terakhir. Kotak itu akan dibuka pada festival sejarah Chalke Valley, di Wiltshire.

Isinya kemudian akan dilelong di Onslows pada 9 Julai, di mana hasilnya akan disumbangkan ke badan amal.

Sumber: okezone.com

1 comment: