Piala Dunia: Messi tunjuk belang bantu Argentina benam Nigeria

 
NIGERIA 2 (Ahmed Musa, m-4, 47) - ARGENTINA 3 (Lionel Messi, m3 dan 45, Marcos Rojo, m50)

PORTO ALEGRE: Lionel Messi tampil merembat dua kali membantu Argentina menewaskan Nigeria 3-2 dalam satu lagi perlawanan menarik Piala Dunia, sebentar tadi dengan kedua-dua pasukan mara ke pusingan kedua selepas Iran tewas kepada Bosnia dalam aksi terakhir Kumpulan F.

Dalam satu permulaan pantas, Messi merembat masuk bola yang melantun hanya selepas tiga minit perlawanan tetapi Nigeria berjaya menyamakan kedudukan selang seminit kemudian daripada penyudahan cantik Ahmed Musa.

Argentina kembali mendahului pada minit-minit terakhir permainan babak pertama apabila Messi membuat satu sepakan melencong dari jarak 20 meter yang terus menerjah masuk dalam gawang lawan.

Selepas rehat, Musa kembali menyamakan kedudukan untuk Nigeria dengan penyudah yang bijak pada minit ke-47 tetapi Argentina yang sudah pun layak sebelum perlawanan bermula mendapatkan gol ketiga lapan minit kemudian hasil jaringan Marcos Rojo apabila bola terkena lututnya dan masuk selepas sepakan sudut.

Argentina menyudahkan cabaran dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan akan menentang naib juara Kumpulan E, kemungkinan Ecuador, Switzerland atau Honduras.

Nigeria menghuni tempat kedua berbekal empat mata dan berdepan juara Kumpulan E, Perancis.

Bosnia menamatkan cabaran dengan tiga mata selepas menewaskan Iran 3-1. - Reuters

Sumber

2 comments:

  1. Kakak baca tebuk-tebuk aje N3 Redz ni sebab kakak kurang minat bola sampaikan Johor menang bola pun kakak tak tahu.. org bercuti kakak pergi kerja huhu...

    ReplyDelete