Gambar hiasan
Ampang: Seorang pelajar kolej menerima balasan dan pengajaran apabila dikenakan hukuman sebatan ringan lapan kali menggunakan rotan halus di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.
Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu yang diminta berdiri di belakangnya, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.
Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dengan melakukan kerja khidmat masyarakat selama empat jam sehari bagi tempoh tiga bulan mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, bagi pertuduhan kedua, mahkamah mengarahkan Ainur Asyriq dirotan menggunakan rotan halus mengikut peruntukan di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah.
Sebelum pelaksanaan hukuman sebatan ringan itu dibuat, Manira berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan untuk memberi pengajaran selepas mengambil kira umur dan latar belakang tertuduh walaupun kes itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pada prosiding semalam, remaja itu kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter. Sesekali, dia mengaduh kesakitan ketika disebat.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah berkenaan sebelum sebatan dijalankan. Selepas disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadapnya. Manira kemudian menasihati pesalah muda itu supaya tidak mengulangi kesalahan sama lagi. “Ini hanya sebatan ringan, cuba bayangkan sebatan sebenar yang dijalankan di penjara. Mahkamah harap hukuman ini menjadi pengajaran kepada kamu,” katanya.
Manira juga menasihati ibu bapa supaya mengawal pergaulan anak dan kembali kepada agama.
Pada 13 Disember lalu, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 15 tahun 11 bulan, masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di di Ukay Bestari, dekat sini.
Sumber

No comments:
Post a Comment