Cita-cita besar Prabowo, mahu Indonesia jadi juara Piala Dunia


Jakarta: Calon pilihan raya presiden Indonesia, Prabowo Subianto ingin mengembalikan kegemilangan bola sepak Indonesia jika diberi mandat pada 9 Julai depan.

Dalam laman Facebooknya, Prabowo berkata, beliau amat kecewa dengan prestasi pasukan negara itu ketika ini.

“Ketika ini, Indonesia terlalu sukar untuk berada dalam kalangan pasukan terbaik di peringkat Asia.

Lebih menyedihkan lagi, untuk mengungguli di peringkat Asia Tenggara juga sukar,” katanya.

Bekas panglima pasukan elit tentera Indonesia itu berani mensasarkan impiannya untuk membawa Indonesia bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia dan merebut piala berkenaan jika menjadi presiden.

“Adalah menjadi cita-cita saya dan setiap rakyat Indonesia untuk menyaksikan pasukan Indonesia bersaing dalam pusingan akhir dan memenangi Piala Dunia dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Prabowo memang terkenal kerana cita-citanya.


Dia sudah membuktikannya di dunia sukan apabila berjaya membawa pasukan polo berkuda Indonesia ke peringkat Asia Januari lalu.


Sebelum ini, pasukan polo negara berkenaan tidak pernah mencapai kejayaan.

Sumber: myMetro

1 comment: