Kanak-kanak jumpa mumia di dalam rumah tinggal

Mumia lelaki ditemui didalam sebuah rumah tinggalan di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat.

HASRAT seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk mengetahui kisah mengenai sebuah rumah tinggalan yang dipenuhi semak samun di Dayton, Ohio, dikejutkan dengan penemuan mumia yang tergantung di dalam almari rumah terbabit.


Identiti mumia tersebut disahkan sebagai Edward Brunton, 53, yang mati akibat menggantung diri.

Mayat tersebut difahamkan berada di rumah tersebut selama lima tahun.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Michelle McGrath berkata, anaknya yang dalam ketakutan memberitahu bahawa dia menjumpai mumia di dalam rumah tinggalan itu.

"Pada mulanya, dia ingat ia hanyalah patung. Saya pelik mengapa jiran mangsa tidak terhidu bau busuk dari rumah Brunton ," kata McGrath.

Brunton membeli rumah tersebut pada 2009 dan seorang koroner mengesahkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Siasatan polis telah dilakukan tetapi Brunton dipercayai membunuh diri.

Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment