Restoran di Hong Kong popular kerana makanan tak sedap

 
Restoran terkenal kerana makanannya enak adalah hal wajar, tapi hal itu berlaku sebaliknya di "Jeneral Ming". Ming General Japanese Sushi Restaurant adalah nama restoran di Hong Kong yang menunya sangat tidak sedap dan itulah alasannya jadi terkenal.

Hong Kong merupakan bandar yang kejam bagi perniagaan makanan kerana mempunyai 11 ribu restoran. Tapi Ming General menjadi sensasi di HK kerana adanya kumpulan "bad-eating groups". Kumpulan itu biasa mencari restoran tidak enak lalu membicarakannya di internet.

Kumpulan bad eater dicabar menjamah sushi restoran tersebut yang dikenali murah dan sukar ditelan. Blogger masakan, Patrick Lai (38), mendakwa yang paling buruk adalah sushi kerang dan sushi udang kecil. Selain itu yang paling terkenal adalah sushi tuna yang disajikan dengan "genangan bubur coklat sebagai topping" serta menu seperti sushi salad buah dan jagung.

Don Tsang (19) yang menyukai cabang Sham Shui Po kerana paling tidak enak berbanding enam cabang General Ming di seluruh HK. "Makanan di situ paling buruk. Kerana itulah dia terkenal," ungkapnya.

Diantara member kumpulan bad eater ternyata saling mencabar untuk makan sebanyak mungkin di Ming General. Auman Yick memuat naik video pengalaman makan di sana yang mendapat 65 ribu klik. "Aku punya banyak teman yang tidak berani datang, mereka takut hanya dengan mendengar nama Ming General," tambah Patrick.

"Apabila kamu pergi ke restoran, kamu akan mencari orang-orang makan dengan ekspresi kesakitan. Mereka berusaha keras menghabiskan sushi-nya," tulis blogger Sarah yang seorang ekspatriat. "Orang-orang saling menyemangati untuk menghabiskannya meski tidak saling kenal. Suasananya di dalam menyenangkan. Di sana juga terkenal untuk lumba makan, kerana mereka saling mencabar siapa yang boleh makan banyak sushi mengerikan itu."

Ming General sendiri meraih rating "menangis" 111, "OK" 76 dan 46 "tersenyum" di website kuliner OpenRice. Memang aneh restoran menyajikan makanan tidak enak menjadi terkenal, maka tak sedikit orang yang memandangnya sebagai strategi pemasaran semata. Meski popular namun malangnya cabang di Sham Shui Po gulung tikar tahun ini yang disambut kesal peminat makanan tidak enak.

Sumber: wowokeren.com

1 comment: