Bos mafia Mexico ditangkap semasa menonton Piala Dunia

 
MEXICO CITY - Tentera Mexico berkata, mereka berjaya menangkap pemimpin kumpulan mafia Tijuana yang pada suatu masa amat berpengaruh, Luis Fernando Sanchez Arellano.

Dia ditangkap pada Isnin (23/6/2014) waktu setempat di sebuah rumah ketika sedang menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Mexico melawan Cameroon.

Pada masa 1990-an, kumpulan ini menguasai sebahagian besar pengedaran dadah dari kawasan Tijuana, Mexico utara, ke Amerika Syarikat. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan, kartel penyeludup dadah ini semakin lemah kerana pemimpinnya ditangkap atau dibunuh.

Sanchez merupakan anak saudara kepada Arellano Felix yang mendirikan kartel Tijuana. Lelaki yang didakwa berusia 30-an tahun ini dikenali dengan panggilan "jurutera" dan menjadi pimpinan kartel setelah mencapai kesepakatan berdamai dengan bos mafia lain, Joaquin Guzman, yang sudah lebih dulu ditangkap pada Februari.

Kerajaan Mexico, yang melancarkan perang melawan kumpulan pengedar dadah, sudah memberi tawaran hadiah 2,3 juta dollar AS untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Bulan Mac, pihak berkuasa Mexico menembak mati Nazario Morena-yang dikenali sebagai El Mas Loco atau Yang Paling Gila-yang merupakan pemimpin kumpulan mafia Knights Templar.

Sumber: kompas

1 comment:

  1. hahaha...ni mesti konco2 sibuk lepak tengok bola, xjaga bos, sampai bos diorg kena tangkap gara2 xde org warning la ni..

    ReplyDelete