Maradona (tengah) ketika mengunjungi pusat media di Rio de Janeiro, kelmarin. - REUTERS
Sao Paulo: Diego Maradona gagal mencari tempat duduknya pada perlawanan pembukaan Piala Dunia dan terpaksa diselamatkan daripada dikerumuni penyokong Brazil.
Akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan, legenda bola sepak Argentina itu dibelenggu masalah mencari laluan tempat duduknya di Arena Corinthians Khamis lalu, dan seterusnya dikerumuni segerombolan penyokong Brazil yang menyorak pasukan - seteru Argentina - ketika menentang Croatia.
Dia kemudian dialih dari kumpulan itu oleh seorang petugas syarikat pembinaan yang membina struktur bumbung stadium itu, kata akhbar harian berkenaan. Dia kemudian membawa bintang legenda itu ke kawasan VIP - tempat Maradona duduk bersama penyokong tempatan.
Ditanya pasukan manakah yang disokong, juara Piala Dunia 1986 itu berkata: “Sudah tentunya Brazil!”. Namun apabila tuan rumah membuka tirai jaringan perlawanan dengan gol sendiri, penyokong Brazil yang berada dalam kawasan itu berpindah keluar, lapor Folha.
Kutuk prestasi
“Dia seorang pembawa sial, saya mahu menjauhi dirinya,” kata seorang daripada penyokong berkenaan. Benar bagai dikata, Maradona bertepuk tangan dengan jaringan Brazil itu tetapi ‘tanpa keghairahan’,” lapor Folha selain menyatakan pada separuh masa yang bekas pemain itu juga mengutuk prestasi pasukan berkenaan.
“Saya tidak menyukai Brazil,” katanya. “Saya tidak gemar pertahanan mereka. Mereka bagus dalam serangan. Mereka memberikan bola kepada Neymar. Itu bagus. “Saya tidak akan lagi menyaksikan perlawanan Brazil di stadium selepas ini. Saya hanya akan menyaksikannya di hotel.”
Dengan berbaki 10 minit perlawanan, Maradona mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai dalam kawasan itu. - AFP
Sumber

No comments:
Post a Comment