Pelanggan temui ekor tikus dalam burger McDonald's


SANTIAGO - Sebuah restoran makanan segera McDonald 's di Chile harus membayar ganti rugi selepas seorang pelanggan menemui ekor tikus di dalam sebiji burger.

Mahkamah rayuan di bandar Temuco mengukuhkan keputusan mahkamah sebelum ini untuk raksasa makanan segera itu untuk membayar denda 3,600 dolar AS untuk insiden yang berlaku pada Jun 2012 itu.

Selain membayar denda utama, mahkamah juga memerintahkan McDonald 's membayar denda tambahan yang jumlahnya tidak didedahkan.

Hakim mahkamah rayuan menyatakan hukuman denda itu mencerminkan kegagakan McDonald 's menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Selain itu, McDonald 's juga dianggap mengabaikan proses kawalan kualiti.

Menyusul insiden ini, pihak berkuasa kesihatan Chile untuk sementara menutup restoran McDonald 's di Temuco, yang terletak 700 kilometer sebelah selatan ibu kota Santiago.

Kes ini bermula selepas seorang pelanggan McDonald 's Temuco, Pedro Valdes mengaku menemui sepotong ekor tikus di dalam burger yang dipesannya.

"Saya sedang makan dan menemui benda aneh di dalam burger dan saya langsung memuntahkannya," kata Valdes.


Sumber: kompas.com

1 comment: