Robot kawal keselamatan sepanjang Piala Dunia 2014


BRAZIL bakal menggunakan perkhidmatan robot untuk mengawal keselamatan sepanjang Piala Dunia Fifa ke-20 yang berlangsung di negara itu bermula 12 Jun ini.

Menurut Dailycaller, kontrak bernilai AS$7.2 juta (RM23 juta) juga ditandatangani bersama pengeluar 30 unit robot PackBot yang berpusat di Massachusetts di Amerika Syarikat.

Ia diprogramkan untuk menganalisis objek mencurigakan di 12 bandar yang terlibat dengan pelawanan. PackBots mampu bergerak pada kelajuan 14 kilometer sejam selain mempunyai sistem mobiliti pintar yang membolehkan ia berjalan di atas pelbagai rupa bentuk muka bumi termasuk tangga.

Model tersebut juga tahan lasak dan boleh berputar 360 darjah. Tahukah anda, robot yang sama pernah digunakan untuk mengakses loji nuklear Fukushima dan lebih 800 unit juga telah digunakan di zon perang di Iraq serta Afghanistan sejak 2007.

Sumber

No comments:

Post a Comment