yummyyy

salam jumaat semua..........korang dh makan ke belum

klu belum apa kata cuba tgk2 menu kt bawah nih...mana tau klu terasa ingin mencuba

ok.. kali ni aku nak bawak korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, aku memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi aku tak tahulah kalau korang sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...


1. Escamoles

Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.




2. Tikus

Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi aku mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya.. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!



3. Kopi Luwak

Korang suka minum kopi? Haaa.. ni aku nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..




4. Balut

Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..


5. Serangga

Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara Thailand dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana. Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba? Aku tak berani.. Huhu..


6. Hasma

Kalau korang nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'. Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!



amacam...nk cuba tak......sedapppppppppp tu heheh
ok...adiosss

.........................................

sumber: http://rintihan-rasa.blogspot.com

14 comments:

  1. kau buat aku loyaa...nasib aku xmakan ape2 lagi tau..MasyaAllah..kenapa ada benda yang senang dijumpa nak cari yg susah2 jgk..

    aku bersyukur dilahirkan sbg org Islam..

    tp Hasma tue macam sdap pulak..
    erk..
    *muntah

    ReplyDelete
  2. mende2 ne djual mahal pun org sanggup beli,masyukk!!geli nk makan tp sedap x??hehehe...

    ReplyDelete
  3. HUSZ:

    haha nasib baik aku dh mkn

    hasma cam nme org pulak...sib baik x husna kan hohoo

    ReplyDelete
  4. ATT:

    ntahlah att...xtau sedap ke tak

    att cuba lah..nakk?? hehe

    ReplyDelete
  5. terus lalu aku untuk makan nasik jap lagi....siot

    ReplyDelete
  6. haipp ko jangan samakan nama aku yg cantek dengan hasma ok...hahaha

    saman kang

    ahaks..

    =D

    ReplyDelete
  7. redza rase dulu ea..nnti kite rase pulak:P

    ReplyDelete
  8. CEROI:

    hahahahahahaaa jgn ko buat menu tu dh la kt kedai mkn ko tu

    ReplyDelete
  9. HUSZ:

    haha nti aku cri..mna tau klu ada makanan eksotik yg serupa ngan nme ko hehe

    ReplyDelete
  10. ATT:

    xmo lah...lg elok klu org pompuan yg rasa dulu huhuhu

    ReplyDelete
  11. terus kenyang tgk hidangan ni semua...huhu..

    org vietnam..mynmar...anjing..kucing pun dieorg makan...erk..!!

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BROKEN RELATIONSHIPS

    ReplyDelete
  12. NABILAH:

    betul tu...diorang nih asal buleh kenyangkn perut..semua dia belasah huhuh

    ReplyDelete