Jackman kesal bogel depan anak

 
Bintang X-Men, Hugh Jackman, 45, mengakui bekerja keras membentuk tubuh­nya supaya lebih sasa sebagai persediaan melakonkan babak bogel dalam sekuel X-Men: Days Of Future Past.

Bagaimanapun, Jackman me­ngaku perasaan terujanya bertukar menjadi kurang selesa apabila terlupa menyuruh anaknya Ava, 8, dan Oscar, 14, menutup mata ketika babak itu.

“Melihat kembali hasil lakonan saya adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi semua itu le­nyap apabila saya sedar anak turut menyaksikan babak yang tidak sepatutnya mereka lihat. Saya terlupa meminta Ava menutup mata supaya tidak melihat adegan itu.

“Sebaik melihat babak itu, Ava bertanya kenapa saya tidak memakai sebarang pakaian. Saya mengalami kesukaran mencari alasan kukuh buatnya,” katanya.


Memegang watak Wolverine dalam X-Men, Jackman yang berkahwin dengan Deborra-Lee Furness mengaku diet ketat ­dilakukan pada hari penggambaran bermula bukan idea yang baik. Katanya,­ dia pitam kerana ­terlalu dahaga.


“Sesiapa yang menonton ­pasti tidak tahu penyebab kejadian itu berlaku. Penggambaran filem ini dijalankan setahun lalu. Pada 21 Mei, saya melakukan senaman tekan tubi selama sejam sebelum memulakan penggambaran.

“Sebelum ke lokasi penggambaran, saya langsung tidak minum­ selama 24 jam, mengakibatkan saya sangat mengantuk pada jam 2 petang. Saya trauma dengan kejadian itu. Selepas ini saya akan meng­gubah cara diet saya,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment