Cerai isteri terlalu romantik



 Riyadh: Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas tiga bulan berkahwin kerana mendakwa wanita itu ‘terlalu romantik’.

Laporan media tempatan semalam menyebut, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu terkejut apabila wanita itu berbelanja besar membeli lilin dan barangan lain untuk menghias rumah mereka agar kelihatan lebih romantik.


“Lelaki itu menuduh isterinya berhalusinasi selepas membelanjakan sejumlah besar wang dan meminjam SR5,000 (RM4,297) untuk membeli lilin dan barangan lain bagi menghias rumah mereka.

Dia kemudian membuat keputusan menceraikan wanita itu,” lapor akhbar berkenaan. - Agensi

Sumber

No comments:

Post a Comment