Anak Michael Jackson belanja RM26 juta setahun

Tiga anak Michael Jackson bersama ibu saudara mereka, La Toya.

Biarpun bapa mereka sudah tiada, tiga anak Michael Jackson masih mampu hidup mewah, malah perbelanjaan mereka mencecah RM26 juta setahun untuk sara hidup, yuran sekolah, pakej percutian, barang kemas tempahan khas dan hadiah untuk kawan masing-masing.

Raja Pop yang menghembuskan nafas terakhir pada 2009 itu meninggalkan Prince, 17, Paris, 16, dan Blanket, 13, sejumlah harta buat mereka, manakala ibunya, Katherine, selaku penjaga sah mendapat imbuhan berasingan berjumlah RM3.2 juta.

Dilaporkan, ia turut merangkumi yuran tahunan Prince di sekolah persendirian yang hampir mencecah RM100,000, malah angka yang hampir sama dikeluarkan ketika Paris dimasukkan ke sekolah berasrama di Utah susulan cubaan membunuh diri tahun lalu.

Seorang keluarga terdekat mendedahkan, anak sulung mendiang pernah membeli barang kemas tempahan khas pada harga hampir RM160,000 untuk dihadiahkan kepada sekurang-kurangnya tiga teman wanita berbeza.

Malah masing-masing berseronok menghabiskan tiga kali percutian setahun dengan mengunjungi Hawaii dan Las Vegas pada kadar kira-kira RM1 juta termasuk upah pengawal peribadi, membawa ahli keluarga serta menaiki penerbangan kelas pertama.

Paris pula membeli hadiah kepada rakan sekolahnya, manakala Blanket menggunakan peruntukan kira-kira RM600 sejam hanya untuk kelas karate serta bayaran buat jurulatih peribadi.

Buat masa ini mereka menyewa rumah agam mewah di Calabasas, California, dengan kadar kira-kira RM95,000 sebulan, malah jarang makan di rumah kerana lebih selesa menikmati hidangan di restoran mahal.

Sumber

2 comments:

  1. belum miskin lagi... nanti dah susah baru tau langit tue tunggi ke rendah...

    ReplyDelete