Aksi Wanita Berbaring Di Landasan Keretapi Dirakam CCTV

 Seorang wanita dengan sengaja berbaring di tengah landasan keretapi berhampiran Milton Keynes (Gambar ihsan: Masons)

IMEJ rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan aksi seorang wanita berbaring di landasan keretapi di Milton Keynes sengaja dibuat dengan niat untuk  'bergurau'.

British Transport Police (BTP) sedang cuba mengenalpasti siapa wanita yang terdapat dalam rakaman CCTV berkenaan di Davenport Lea, Old Farm Park, pada April 2013.


Seorang lelaki turut bersama-sama wanita itu ketika kejadian. Mereka dilaporkan berdiri di tepi landasan selama dua minit sebelum wanita berkenaan berbaring di tengah-tengah landasan, kata BTP.


"Pada kira-kira pukul 3 petang, seorang lelaki dan wanita menghampiri landasan keretapi yang menghubungkan stesen Woburn Sands dan Bow Brickhill," kata PC Robert Hagan daripada BTP Milton Keynes.

Tambahnya: "Aksi mereka dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman CCTV berkenaan, pada mulanya mereka berdiri dan berjalan di tepi landasan dan selepas itu wanita berkenaan berbaring di tengah-tengah landasan.

"Ini bukan sahaja satu tindakan 'bodoh' malah aksi sedemikian membahayakan dan pihak kami sedang mencari dua individu ini untuk disoal siasat."

Sumber

No comments:

Post a Comment