Angkasawan AS Charles Duke meninggalkan gambar keluarganya di bulan ketika menjalankan misi pada April 1972 dengan Apollo 16 |
Angkasawan Charles Duke yang terbang ke bulan dengan Apollo 16 tidak hanya meninggalkan jejak kaki, tetapi dia juga meninggalkan gambar keluarganya.
Pada 23 April 1972, Charles Duke dan John Young dihantar ke bulan untuk menyelidik Dataran Tinggi Descartes menggunakan kenderaan khusus atau lunar moving vehicle.
Sebelum memasang panel suria, Charles yang bertugas mengemudikan kenderaan bulan meninggalkan sekeping foto dirinya, isteri, dan kedua anaknya, Thomas dan Charles. Dalam gambar itu mereka berempat duduk di sebuah bangku. Adapun gambar itu masih berada di bulan hingga saat ini.
Di bahagian belakang gambar itu dicantumkan tanda tangan Charles Duke dan keluarganya beserta sebuah mesej, "Ini adalah keluarga Angkasawan Duke dari Planet Bumi. Mendarat di bulan, April 1972."
Gambar itu dapat dilihat dalam Arkib Gambar Projek Apollo, yang digunakan sebagai sumber rujukan online berkaitan sejarah program lengkap ke bulan yang sangat bersejarah itu.
Selain meninggalkan sekeping gambar keluarga, Charles Duke juga meninggalkan medal yang diperolehinya dari Angkatan Udara AS, yang diperoleh ketika dia merayakan ulang tahun pernikahannya yang ke-25 pada 1972.
Apollo 16 adalah misi ke-10 yang merupakan sebahagian dari program angkasa luar Apollo, sekaligus misi pendaratan di bulan yang kelima dan yang pertama mendarat di dataran tinggi bulan.
Apollo 16 diawaki tiga angkasawan, iaitu John Young, Charles Duke, dan Ken Mattingly.

Daily Mail
menarik..
ReplyDelete