Dua pelajar putus jari akibat bermain tarik tali


Hampir semua orang di dunia ini pernah bertanding tarik tali. Tapi, tentunya tak perlu sampai kehilangan jari akibat sukan ini.

Namun itulah yang terjadi di SMA South El Monte di California selatan. Seorang pelajar lelaki dan seorang perempuan kehilangan beberapa jarinya setelah bermain tarik tali.

Kedua mangsa terus dihantar ke hospital Los Angeles County, di mana para doktor mencuba untuk menyambung jari kedua pelajar itu.

"Mereka dalam keadaan stabil dan ibubapa berada di sisi mereka," kata jurucakap hospital Rosa Sacca kepada harian San Gabriel Valley Tribune.

"Mereka sudah siap untuk menjalani pembedahan penyambungan jari," sambung Rosa.

Pejabat pendidikan setempat Edward Zuniga enggan mendedah identiti kedua pelajar itu. Namun, harian San Gabriel Valley Tribune melaporkan pelajar perempuan adalah pemain bola sepak dan manakala pelajar lelaki  anggota pasukan bola sepak Amerika.

Kedua remaja itu menyertai aktiviti bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Isnin (4/2/2013).

"Kami akan menilai kegiatan itu dengan pemerintah daerah," kata Zuniga.

"Kami baru dalam tahap awal. Kami hanya ingin memastikan kami mendapatkan semua fakta yang sebenarnya sebelum memutuskan untuk mengganti aktiviti sekolah," tambah Zuniga.

Pihak sekolah maupun hospital tidak menyebutkan berapa jari yang hilang akibat permainan tarik tali itu.- kompas.com



No comments:

Post a Comment