Erra Fazira dikenali sebagai Azeera pada tahun 1990


Kepada kebanyakan peminat hiburan tempatan, Erra Fazira diketahui mula terkenal setelah dia menyertai pertandingan Miss Malaysia-World 1992 ketika usianya 18 tahun. Ketika itu Erra menggunakan nama asalnya Fazira Wan Chek. Tetapi rasanya tidak ramai yang mengetahui bahawa Erra sebenarnya telah mula memasuki dunia hiburan tempatan beberapa tahun lebih awal daripada itu. 


Ketika usianya 16 tahun (1990) dan masih bersekolah dalam tingkatan empat, Erra telah pun mula tampil dalam majalah-majalah hiburan dengan menggunakan nama glamor Azeera. Walau bagaimanapun Erra tidak berjaya merakamkan album dalam usia semuda itu dan hanya sekadar menjadi penyanyi picisan di pentas-pentas persembahan. 


Siapa sangka "artis remaja" Azeera yang berimejkan minah rock dalam tempoh dua tahun selepas itu mampu menjuarai pertandingan ratu cantik, seterusnya mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa Miss World, dan akhirnya menjadi bintang filem paling popular selepas membintangi filem terlaris Sembilu (1994) & Sembilu II (1995).

 Cita-cita Erra untuk menjadi penyanyi rakaman juga tercapai apabila dia berjaya mengeluarkan album pertama yang popular dengan lagu Cinta Abadi pada 1994.


kredit: Arkib Negara X


1 comment: