Kemaluan rosak teruk disimbah air panas oleh isteri


Bogota: Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu curang.

Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.

Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama rakannya.

Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.

Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.

Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.

Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya ‘rosak teruk’ akibat insiden itu.

Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.

Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.

Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.

Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.

Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.

Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi

kekeke


1 comment: