Lintasan meteor di langit Russia

Tahi bintang selaju 54,000 kilometer sejam meletup di udara


Seramai 1000 orang cedera apabila meteor yang melintas langit Wilayah Ural, Russia, menyebabkan bebola api jatuh ke kawasan penduduk dan memecahkan cermin bangunan serta menyebabkan penggera kereta berbunyi, pagi tadi (waktu tempatan).



Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi letupan dan gegaran serta melihat cahaya terang di langit ketika kejadian, lapor agensi berita Reuters



Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer.

Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan.
.


Sementara itu, Akademi Sains Russia berkata, meteor itu dianggar seberat 10 tan.

Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 54,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan. 

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang telah dimasukkan ke hospital.

Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.









Beberapa laporan juga bercanggah dengan apa yang berrlaku. Jurucakap Kementerian Kecemasan Irina Rossius, berkata ada beberapa tahi bintang jatuh ke bumi manakala seorang lagi jurucakap, Elena Smirnikh, dipetik agensi berita Interfax sebagai berkata bahawa hanya satu tahi bintang dilihat.

1 comment:

  1. Takotnya. Ia memang terjadi. Dunia akhir zaman ni.. =(

    Dulu mana pernah menda2 ni terjadi..

    ReplyDelete