Almy Nadia suruh tanya Fizz kenapa dia bertunang


Kuala Lumpur: “Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.

“Hanya satu mampu diungkapkan, ‘pulang paku buah keras’, fikirkan,” kata pelakon, Almy Nadia, 27 mengulas mengenai pertunangan bekas kekasihnya, Fizz Fairuz, 34 dengan seorang wanita, di Kuantan, Pahang, kelmarin.

Itu antara jawapan yang dapat diberikan Almy ketika ditanya ‘apa sudah terjadi’ dengan hubungannya bersama Fizz selepas aktor itu dikhabarkan bertunang secara diam-diam dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Almy ketika dihubungi semalam berkata, dia enggan membuka mulut selagi aktor terbabit tidak memberi penjelasan kepada media mengenai majlis pertunangan itu termasuk hubungan mereka yang sudah berakhir.

“Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia (Fizz) kenapa dia bertunang dan kenapa kami berpisah,” katanya.

hmetro.com.my


3 comments:

  1. cantik juga azlyn. tapi jodoh urusan Dia..

    ReplyDelete
  2. Kesian Almy Nadia tunggu punya lama begini akhirnya... Allah saja yg tahu.

    ReplyDelete