Nak pergi dengan tenang kata seorang remaja yang mempunyai mata di luar kepala

Rohani bersyukur kerana anaknya dapat berehat di katil
yang disampaikan Abd Aziz (tengah), semalam
PASIR MAS – “Umi, adik nak pergi dalam keadaan selesa,” kata seorang remaja yang mempunyai mata di luar kepala, kepada ibunya semalam.

Ibu, Rohani Abdullah, 58, berkata, sejak kebelakangan ini anaknya, Shafiq Abdullah, 19, sering mengutarakan kata sedih kepada keluarga.

“Shafiq kata, andainya dia pergi, dia mahu pergi dalam keadaan sihat tanpa merasai sebarang kesakitan.

“Dia juga menceritakan kepada keluarga, dengan membayangkan dia berada di tempat yang tenang, aman dan bersih,” katanya.

Paling menyedihkan katanya, kesakitan akibat rawatan di hospital menyebabkan seluruh badannya kebiruan, malah dia mengerang kesakitan sehingga beberapa jam.

Menurutnya, kemoterapi turut menyebabkan anak bongsunya membayangkan banyak perkara termasuk kematian.

Katanya, semua ahli keluarga sayu melihat penderitaannya, namun tidak mampu untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi.

“Saya juga terkejut kerana Shafik pernah kata, permintaan terakhirnya adalah memiliki sebuah katil,” katanya, ketika ditemui di Kampung Pengkalan Pasir, semalam.

Sementara itu, penyelaras Dun Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohammad berkata, keperluan katil ini akan memudahkan Rohani untuk menjaga Shafiq kelak.

“Saya sudah memanjangkan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia akan diproses dalam masa terdekat,” katanya.- Sinar Harian


4 comments:

  1. redza, ni surat khabar apa ya..? dia semulajadi dari lahir ke sbb kemalangan jadi mcmtu..?

    ReplyDelete
  2. surat khabar sinar harian....tak dibagitau pulak sebabnya..mungkin kanser kot

    ReplyDelete