Kapal terbang mendarat kecemasan kerana pilot pengsan


Portland - Sebuah pesawat milik syarikat Alaska Airlines melakukan pendaratan kecemasan di Portland, Oregon, malam khamis lepas setelah pilot pengsan ketika dalam penerbangan menuju Seattle.

Pendaratan kecemasan segera dilakukan co pilot pesawat bernombor 473 ini. Sampai di landasan, kata juru cakap syarikat, Paul McElroy, pilot segera dikejarkan ke hospital. Ia menambah, semua pilot dan copilot mereka dilatih untuk terbang sendirian.

"Pilot pengsan ketika melintasi Oregon," kata McElroy. Ia kemudian sedar kembali dan meninggalkan kokpit. Seorang doktor yang berada dalam penerbangan itu merawatnya di kabin sampai pesawat mendarat dan disambut oleh pasukan perubatan

Pilot, yang tidak didedahkan namanya, terus dibawa ke hospital. Namun keadaan kesihatannya belum diketahui.

Pesawat jenis Boeing 737-700 dengan 116 penumpang dan lima awak itu meninggalkan Los Angeles sekitar pukul 06.30 pagi. Pendaratan kecemasan dilakukan di Portland di sekitar pukul 09.00 pagi, atau 30 minit sebelum mencapai tempat tujuan.

Pilot tak sedarkan diri ketika menerbangkan pesawat bukan pertama kali terjadi. Pada tanggal 22 Januari, pilot Alaska Airlines dalam penerbangan dari Seattle ke Las Vegas juga mendadak pengsan. Pendaratan cemas juga dilakukan oleh co pilot.

tempo.co


1 comment: