Mafia Itali membahagikan 300 telefon bimbit kepada orang ramai

 Polis Itali menahan Domenico Ferrara (56), seorang anggota senior mafia Camora yang beroperasi di wilayah Napoli dan sekitarnya.

Namun, Domenico ditahan bukan kerana kegiatan mafianya. Dia ditahan kerana membeli dan kemudian membahagikan ratusan telefon bimbit sebagai usaha memenangkan anak perempuannya yang sedang bertanding acara pencarian bakat di televisyen.

Polis menemui 300 buah telefon bimbit digunakan untuk mengirim undian sms ke acara pencarian bakat Ti Lascio Una Canzone.

Anak Ferrara yang berusia 13 tahun berjaya mendapat tempat kedua.


Menurut laporan BBC, Domenico Ferrara -yang disyaki polis sebagai penyeludup dadah- berusaha keras membangun karier nyanyian anak perempuannya dan dia bersedia melakukan apa saja untuk itu.

Sebelum anak Domenico tampil dalam acara itu Desember lalu, dia membahagikan 300 telefon bimbit kepada penduduk di kawasan tempat tinggalnya. Sambil membahagilan telefon, Domenico memberikan arahan kepada mereka untuk mengundi anak perempuannya.

Setelah acara tamat, Domenico mengumpulkan kembali telefon itu dan memeriksa apakah terdapat sms yang dikirim ke acara televisyen itu.

Polis mengatakan telah menemui satu beg besar telefon bimbit di kediaman Domenico Ferrara dan dalam telefon itu masih tersimpan sms untuk acara pencarian bakat tersebut.

Namun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada usaha Domenico itu akan memberi impak yang besar kepada anak perempuannya yang menjadi pemenang kedua acara pencarian bakat itu


1 comment:

  1. dunno why, but it sounds sweet...
    tak kisah lah kerja apa, tapi sayang dia kat anak dia takde tolok bandingnya.. :)

    ReplyDelete