KLUANG - “Tidak sia-sia saya dipenjarakan kerana banyak kemahiran dan ilmu yang saya pelajari sewaktu di sini.
“Antara perubahan yang paling jelas, kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu yang sebelum ini saya tidak mahir, kini semakin baik,” demikian pengakuan seorang penghuni penjara dikenali sebagai Ah Kuan. 26.
Ah Kuan dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana bergaduh hingga menyebabkan kematian dan dia sudah menghuni tirai besi itu hampir lima bulan.
“Rakan-rakan sebilik saya semuanya berbangsa Melayu dan setiap hari kami berbual-bual. Secara tidak langsung saya jadi mahir bertutur malah, ibu bapa saya turut menyedari perubahan saya ini.
“Saya merasakan sejak duduk di penjara banyak perkara yang saya pelajari, jika tidak masuk ke sini mesti saya tak akan berubah,” katanya kepada Sinar Harian.
Ah Kuan adalah antara 16 banduan yang diberi peluang berjumpa dengan keluarga masing-masing pada program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Penjara Kluang, semalam.
Dia turut meluahkan rasa teruja apabila dimaklumkan akan dibebaskan dalam tempoh dua minggu.
Katanya, perasaan tidak sabar membuatkannya berfikir sepanjang masa menanti detik waktu yang penuh bermakna itu.
“Setiap hari saya akan lihat kalendar di dinding bilik kerana rasa tidak sabar hendak dibebaskan dan pada masa ini saya rasa seolah-olah masa dua minggu itu terlalu lama.
“Bagaimanapun, saya sudah berfikir perkara pertama yang ingin saya lakukan selepas dibebaskan adalah mahu ‘makan besar’ bersama keluarga kerana saya sudah lama tidak makan masakan mak saya.
“Selepas itu baru saya berfikir untuk bekerja,” katanya.
Sementara itu, bapanya yang dikenali sebagai Lim, 52, berkata, dia berharap anak ketiganya itu akan berubah menjadi seorang yang baik dan tidak mengulangi kesilapan lampau.
Katanya, perbuatan anaknya itu disebabkan terpengaruh dengan kawan menyebabkan dia menjadi liar.
“Bagaimanapun, saya gembira anak saya sudah berubah dan perubahan yang ditunjukkan amat ketara kerana sebelum ini dia (Ah Kuan) tidak banyak bercakap dengan saya, tapi sewaktu dalam penjara dia menjadi seorang yang banyak cakap.
“Malah, anak saya juga semakin mahir berbahasa Melayu, tidak seperti sebelum ini. Saya dan isteri akan sokong setiap apa yang ingin dilakukan kerana dia banyak belajar kemahiran elektronik dan kemungkinan akan bergiat aktif dalam kemahiran tersebut,” katanya.- Sinar Harian

Dia suka sebab semakin mahir berbahasa Melayu tapi kakak sedih bila dikatakan ramai di penjara adalah bangsa Melayu...:(
ReplyDelete