MELAKA - Polis tidak menolak kemungkinan kematian seekor beruang matahari betina dan seekor kuda jantan selepas diberi makanan beracun di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini angkara orang dalam.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka, Supt R. Gunarajan berkata, berdasarkan siasatan awal pada sampel buah-buahan yang ditemui, ia dipotong oleh mereka yang mahir serta mengikut spesifikasi kepada haiwan berkenaan.
"Sehingga kini, dua suspek disyaki, orang berkenaan dah biasa dan tahu selok-belok makanan biasa (kepada haiwan) iaitu tebu, pisang dan cempedak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden beruang matahari dan kuda lumba spesis 'Thoroughbred' yang ditemui mati disyaki diracun pada petang Ahad dan Isnin lepas.
Pegawai Veterina zoo tersebut, Dr Zubaidah Kamarudin semalam berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan beruang yang dijaga sejak tahun 2000 itu mati disebabkan makan pisang yang disyaki mengandungi sejenis serbuk racun.
Gunarajan berkata, polis menemui sisa serbuk putih yang disyaki racun dan bersama pihak veterinar telah menghantar sampel makanan itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.
"Kami masih menunggu keputusan analisis itu dan berharap ia diperoleh secepat mungkin. Sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan ke atas suspek," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan (Khianat Terhadap Binatang) dan polis bekerjasama dengan pihak zoo termasuk siasatan ke atas pekerja mereka.
"Kami mengesyaki kemungkinan pekerja atau bekas pekerja zoo itu sendiri yang melakukan perbuatan khianat itu berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan baharu yang mengambil alih pentadbiran zoo," katanya.
Zoo Melaka dan Safari Malam yang sebelum ini diurus Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak 1979 diserahkan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada awal tahun ini dengan kelulusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau juga meminta saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil menghubungi pihak polis.
Sementara itu jurucakap Zoo Melaka ketika dihubungi berkata pihaknya tidak membenarkan para pelawat yang berkunjung ke zoo untuk membawa makanan di samping memeriksa beg pengunjung sejak semalam.
"Ini sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga supaya insiden sama tidak berulang," katanya. - Bernama

sian natang tu. napa buat kat natang tu entah
ReplyDeleteKesian binatang ni..
ReplyDelete