Lelaki yang berusia 62 tahun itu mendakwa dia sudah berbelas kali terbabit dalam tragedi sama dan kejadian terakhir berlaku terhadapnya di Jalan Mahmood di sini.
Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kegembiraan Md Fouziman Md Bakti yang bakal menerima RM500 wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hampir bertukar tragedi apabila basikal ditunggang dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Hyundai.
Mangsa masih boleh bangun dan berjalan walaupun kakinya digilis kereta dalam dkemalangan itu |
Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret dan digilis tayar depan dan belakang sebelah kiri kereta berkenaan.
Md Fouziman berkata, dia yang baru pulang daripada memeriksa namanya sebagai penerima BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri itu hanya mampu menjerit supaya pemandu kereta itu berhenti ketika tayar hadapan kereta berada di atas kakinya.

Malang sekali jeritan itu tidak didengar pemandu kerana cermin kereta yang tertutup rapat menyebabkan tayar belakang pula terus menggelek kedua-dua belah kakinya.

“Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih terselamat. Sebelum ini saya pernah berbelas kali dilanggar kereta. Ada di antara mereka melarikan diri tetapi ada juga yang menanggung semula kos perubatan,” katanya.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Suraya berkata, dia terkejut apabila melihat warga emas itu terjatuh dari basikalnya selepas dilanggar sebelum digilis pada bahagian kaki.
“Kereta yang melanggar mangsa bergerak perlahan tetapi tidak sengaja terlanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum digilis,” katanya. - Sinar Harian

panjang umur dia
ReplyDeletehebat pakcik tu. walaupun dah kena langgar tp masih blh berjalan elok lagi..
ReplyDeleteAllahuakbar.. Allah Maha Besar..sedih pon ada tgk pakcik tu..
ReplyDeleteRedza, Datuk Yahya Sulung meninggal dunia dah kan kelmarin?