ALOR GAJAH - Tiga sekawan nyaris dibelit seekor ular sawa di sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Sungai Petai, di sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.
Ketika kejadian, tiga sekawan itu, Azman Jantan, 38, Ghazali Burok, 47, dan Iman Isa, 18, sedang memburu dua ekor babi berdekatan ladang ternakan lembu milik Azman sebelum menyedari ular berkenaan menyusur kurang satu meter di sebelah mereka.
Azman berkata, dia ditemani Ghazali dan Iman untuk memburu binatang buas yang sering mengganggu ladang ternakannya terkejut apabila terpandang ular sawa sepanjang kira-kira 6.5 meter.
“Saya terdengar bunyi sesuatu bergerak berdekatan kaki sebelum terpandang objek berwarna kelabu kehijauan itu dengan hujung ekornya melingkar dan kepalanya tegak ke arah dua babi yang kami buru.
“Selepas itu, saya terus menolak Ghazali ke hadapan manakala Iman yang berada di belakang saya segera mengundur,” katanya.
Menurutnya, berbekalkan lesen menembak sebagai anggota Rela, Ghazali melepaskan tembakan pertama dan mengena tepat pada kepala reptilia itu.
"Walaupun ditembak, ular sawa itu terus menyusur laju ke dalam semak sebelum tiga lagi tembakan peluru penabur dilepaskan dan mengena pada badannya," katanya. - Sinar Harian

besarnya
ReplyDeletepergh sekampung. dulu kat reban belakang rumah aku pon masuk ular besar ni jugak la. dia dah telan ayam2 mak aku, dia stuck bawah reban tak leh keluar. pastu ada cina tangkap. mesti kayo cina tu jual ular haha
ReplyDeletemmg besar gile ular tu..
ReplyDelete