gambar hiasan |
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai wanita mendakwa, dia mencuri wang milik majikannya selepas mendengar bisikan suara ‘ghaib’ yang menyuruh mengambil wang sejumlah RM5,000 di dalam laci kaunter pembayaran kedai di Chabang Tiga.
Suspek, 22, dari Kampung Kubang Bujuk, Manir, di sini, bagaimanapun akhirnya akur menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 5 petang, kelmarin, selepas hampir tiga minggu menyembunyikan perbuatannya, iaitu pada 27 Januari lalu.
Menurut sumber, perbuatan suspek yang diumpamakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ itu, hanya disedari majikannya, 40-an, selepas melihat rakaman kamera litar tertutup, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan dipercayai mahu menunggu suspek itu mengaku kesalahannya.
“Namun, suspek masih berkelakuan selamba sebelum majikannya mengambil keputusan membuat mesyuarat tergempar memanggil semua pekerjanya iaitu seramai lima orang termasuk suspek, pada 3 Februari lalu.
“Dalam mesyuarat itu, majikannya telah menyuruh semua pekerja minum air solat Hajat dengan harapan dapat menakut-nakutkan suspek, sebelum berterus terang mengenai kejadian kecurian itu,” katanya.
Katanya, walaupun sudah diberi peluang agar mengaku bersalah, suspek yang masih bujang itu berlagak seperti tidak melakukan sebarang kesalahan menyebabkan majikannya bertindak membuat laporan polis.
Jelasnya lagi, suspek yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu sudah bekerja di kedai terbabit hampir dua tahun dengan menerima gaji sebanyak RM450 sebulan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan penahanan suspek yang kini direman empat hari bermula semalam.- Sinar Harian

uik
ReplyDeleteKesian juga sebab gaji dia cuma 450 walau dah 2 tahun kerja, manalah cukup. Tapi sedihnya kenapalah dia mencuri...
ReplyDelete