
Pengunjung, Wan Maisarah Wan Ibrahim, 32, berkata, perlakuan pasangan kekasih memadu cinta di kawasan rekreasi itu menyebabkan rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan pengunjung berkeluarga,
"Hampir setiap petang kami sekeluarga beriadah di taman ini dan kurang selesa melihatkan perlakuan beberapa pasangan remaja berpelukan serta bergurau senda di tempat terbuka.
"Situasi itu disaksikan juga anak-anak yang dalam proses tumbesaran dan kita risau perlakuan negatif seperti dilakukan pasangan kekasih itu mempengaruhi mereka sekali gus menjadi kebiasaan," katanya.

Menurut Wan Maisarah, kawasan rekreasi itu seharusnya dipelihara fungsinya tanpa dicemari perlakuan sumbang berkenaan memandangkan ia digunakan semua masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang agama.
"Oleh itu, kita mencadangkan anggota penguat kuasa ditempatkan di kawasan itu selain membuat operasi secara berkala sebagai memelihara kawasan itu daripada perlakuan sumbang yang merosakkan imej Islam.
"Kita yakin, dengan penguatkuasaan itu, kegiatan tidak bermoral pasangan kekasih itu dapat dicegah sekali gus mewujudkan keadaan persekitaran selesa untuk beriadah," katanya.
Sementara itu, pengunjung, Nor Haslina Ahmad, 26, berkata, dia yang pertama kali berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan terkejut apabila melihat beberapa pasangan remaja bermesra tanpa segan silu.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan wajar dicegah kerana bimbang ia berlarutan seterusnya menjadi lokasi pilihan remaja bermadu kasih.
"Sebaiknya, pemantauan dan pemeriksaan pejabat agama boleh dilakukan di kawasan rekreasi berkenaan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan memberi nasihat kepada pasangan terbabit," katanya.- Sinar Harian
Maksiat di mana - mana.
ReplyDeletemaksiat2..
ReplyDelete