Emma Maembong kembali berparti?


Di awal pembabitan Emma Maembong, pelakon manis sudah dihambat dengan pelbagai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti sosial.

Begitulah dunia hiburan, sejarah atau perbuatan lampau artis pasti terbongkar sekiranya nama mereka pantas melonjak dalam bidang seni.

Terbaru, kontroversi yang melibatkan pelakon drama Kau Yang Terindah ini apabila Emma dikatakan kembali berparti.

“Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti.

Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat,” kata Emma.

Tampil mempertahankan diri, Emma menegaskan dia kini sibuk dan fokus dengan kerjayanya malah terkejut dengan gosip yang tersebar.

sinar harian



2 comments:

  1. bikin kontroversi ni ..bagi up publisiti ..budak ni pelakon baru ke?..

    ReplyDelete