BAYI pramatang sering dikaitkan dengan masalah kurang berat badan ketika lahir dan menjadi masalah yang besar dalam kesihatan awam di seluruh dunia.
Kajian sekumpulan doktor Jabatan Pediatrik Bangalore, India mendapati negara sedang membangun seperti India, Afrika Selatan dan Brazil berdepan kadar kematian tinggi bayi pramatang.
Hampir lima juta ‘neonates’ atau bayi yang baru lahir meninggal dunia setiap tahun di negara yang berpendapatan rendah.
Neonatal period adalah suatu keadaan tempoh masa yang sensitif bagi bayi yang baru lahir.
Dalam tempoh ini, bayi mudah dijangkiti patogen yang memungkinkan jangkitan awal dan boleh memberi kesan jangka masa panjang.
Justeru, penjagaan bayi baru lahir memerlukan perhatian lebih rapi meliputi kemajuan teknologi dan perubatan terkini.
Satu pendekatan alternatif untuk bayi baru lahir khususnya bagi bayi pramatang ialah terapi ‘Kangaroo Mother Care’ (KMC).
KMC dibangunkan sebagai alternatif bagi menampung kekurangan alat inkubator untuk penjagaan bayi berisiko tinggi (bayi pramatang).
Terapi KMC menjadi inkubator semula jadi yang menggunakan manusia.
Terapi KMC dilihat sebagai satu keperluan terutama di negara sedang membangun seperti Malaysia, Filipina, India dan Afrika.
Pelaksanaan terapi KMC di hospital di Malaysia dianggap masih kecil kerana beberapa faktor termasuk jumlah bayi pramatang yang rendah, alat inkubator yang mencukupi dan persepsi ibu bapa.
Terapi KMC diperkenalkan pertama kalinya di Central Hospital of Maputo pada 1984 dan konsep itu mendapat sambutan baik di Amerika Selatan dan negara Eropah.
KMC juga mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1993 dan 2003.
KMC boleh dan sesuai dilaksanakan untuk semua kumpulan bayi terutama bayi yang mempunyai berat lahir kurang daripada 2.5 kilogram.
Ibu bapa perlu mengetahui bahawa terapi KMC memerlukan beberapa komponen bagi menggalak dan membantu tumbesaran bayi iaitu posisi (kulit ke kulit), nutrisi dan pengeluaran susu ibu.
Sewaktu terapi dijalankan, kedudukan bayi diletakkan di atas dada si ibu antara dua payudara.
Ia memberi keselesaan dan kehangatan kepada bayi. Urutan daripada tangan ibu ke tubuh bayi memberi rangsangan dan tindak balas ke otaknya untuk mengalirkan kasih sayang.
Bayi mendapat susu badan secara eksklusif dan lebih mudah.
Melalui proses pendedahan ini, ibu di Malaysia yang melahirkan bayi pramatang tidak perlu risau dan tertekan kerana kini ada teknologi (inkubator) yang memberi kekuatan kasih sayang menerusi sentuhan.
harian metro

great sharing
ReplyDelete