Main ski dengan hanya pakai bikini di Rusia


Sebuah resort ski di Siberia, Rusia, melakukan satu promosi unik untuk menarik pelancong iaitu, para gadis cantik di sana bermain snowboard dan ski pada suhu -40 darjah Celcius dengan hanya menggenakan bikini. Brrr!

Dilaporkan oleh Telegraph, Selasa (19/2/2013), Sheregesh adalah kota di kawasan Siberia yang memiliki suhu mencapai bawah 40 darjah Celcius. Suhunya yang sangat sejuk dan letaknya yang jauh dari Moscow, membuat pelancong enggan pergi ke sana.

Bukan hanya itu, Sheregesh juga terkenal dengan dongeng raksasa salji bernama Yeti. Raksasa yang menjadi lagenda ini ditakuti oleh masyarakat setempat dan kisahnya terkenal di seantero Rusia. Bentuknya besar dan menyeramkan!

Oleh sebab itu, Sheregesh resort ski di sana punya cara tersendiri untuk menarik pelancong. Resort ini mengupload video gadis-gadis cantik yang hanya berbikini sedang bermain snowboard dan ski di lereng-lereng gunung.

Gadis-gadis cantik tersebut terlihat bergembira ketika meluncur di atas salji. Mereka saling kejar-kejaran dan melenggok-lenggokan tubuhnya di atas salji yang tebal, sambil menuruni bukit salji dengan snowboard.

Meski suhunya sangat sejuk, para gadis ini tetap bersenang-senang, tersenyum, dan berpose di depan kamera. Mereka seolah tak peduli dengan kesejukan cuaca. Beberapa lelaki juga bermain snowboard dengan tidak berbaju. Pelancong yang datang juga boleh mencuba kegiatan ini.



Bermain snowboard atau ski sebenarnya merupakan kegiatan wajib di Sheregesh. Tidak hairanlah kalau  kawasan ini mendapat pengiktirafan sebagai 'salji terbaik di Rusia' dari World Snowboard Guide. Memang, cuaca di sini nyaman, saljunya tebal dan area untuk meluncur sangat luas.

Tidak seperti kawasan Eropah lainnya, salji di Sheregesh bertahan lebih lama, dari November sampai Mac. Itulah waktu terbaik untuk bermain ski. Di bulan Mac, matahari akan sedikit menghangatkan badan di tengah salji-salji yang dingin.

Berani bermain ski bersama gadis-gadis cantik berbikini di sini? hehehehe

2 comments: