Misteri Hutan Hoia-Baciu di Romania


Hoia Baciu adalah sebuah hutan belantara seluas 250 hektar berhampiran bandar Cluj - Napoca , Romania . Hutan ini juga dikenali sebagai Bermuda Romania kerana banyak perkara misteri yang berlaku di hutan ini bermula dari paranormal hingga UFO , termasuk juga bentuk - bentuk tumbuhan dan pokok-pokok yang aneh , kerana itulah banyak pihak yang berminat untuk datang dan menyiasat hutan misteri ini mulai dari para psikolog , UFOlogis , ahli biologi , ahli kimia dan banyak individu atau kumpulan dari pelbagai bidang .

Nama dari hutan ini diambil dari seorang penggembala yang hilang di dalam hutan ini bersama dengan 200 ekor biri-biri . Ramai penduduk sekitar yang takut untuk memasuki kawasan hutan ini kerana cerita dan legendanya , mereka percaya bahawa sesiapa yang masuk hutan ini boleh saja tidak pernah akan kembali , beberapa orang yang pernah masuk hutan ini mengatakan bahawa mereka merasakan dan mengalami kejadian seperti linglung , mual , migrain , mengalami beberapa calar dan luka fizikal.


Kisah seorang anak kecil yang hilang dan kembali

Salah satu kes aneh yang terjadi pernah dialami oleh salah satu penduduk tempatan , di siang hari yang cerah seorang kanak-kanak perempuan bermain sendirian kedalam hutan ketika neneknya sedang menjemur pakaian , sejak saat itu gadis kecil tersebut hilang.

Keluarganya melakukan pencarian selama beberapa tahun hingga akhirnya mereka menyerah untuk mencari . 5 tahun kemudian gadis kecil ini kembali dengan keadaan yang psikologi yang berbeza tetapi dengan keadaan fizikal dan umur yang sama seperti saat dia hilang .


Ramai orang menyaksikan cahaya merah

Penduduk tempatan di sekitar hutan Hoia Baciu mengaku mereka sering melihat cahaya berwarna merah melayang di sekitar hutan dan kadang-kadang melayang dekat di atas mereka . Sebuah pasukan dari saluran televisyen Travel Channel , Ghost Adventures berjaya menangkap fenomena cahaya merah ini melalui lensa kamera . Dalam kamera mereka kelihatan bahawa cahaya ini berwarna putih cerah di tengah dan dikelilingi " glow " berwarna merah terang .

Menurut beberapa orang yang pernah menjelajah dan menyiasat hutan ini , fenomena cahaya ini adalah yang paling sering kelihatan , dan biasanya selepas kemunculan cahaya ini saksi akan merasa sakit ( contohnya selesema ) .

 Cahaya merah yang rakam oleh GAC, Travel Channel


Lingkaran misteri di tengah hutan

hutan Hoia Baciu mempunyai pola melingkar unik di tengahnya dimana hanya di kawasan sekeliling ini pokok tidak tumbuh , seakan - akan mereka menolak untuk tumbuh di dalam kawasan ini kecuali rumput dan sedikit semak - semak .

Menurut UFOlog lingkaran ini adalah sebuah tempat di mana UFO pernah mendarat atau merupakan ' landing pad ' bagi UFO untuk mendarat di kawasan ini , sehingga dibersihkan daripada pokok-pokok . Sedangkan menurut paranormal penyiasat , tepat di lingkaran itu terdapat sebuah portal menuju dimensi lain sehingga aktiviti dari portal tersebut menyebabkan pokok-pokok sukar untuk berkembang .

Pasukan paranormal penyiasat dari Travel Channel pernah cuba memasuki kawasan ini dan menggunakan trifield meter mereka cuba untuk mengesan apakan ada gelombang elektromagnet di sekitar kawasan itu , di mana kehadiran gelombang elektromognetik ini merupakan tanda kewujudan hantu , syaitan atau makhluk seumpamanya di mana tenaga yang mereka miliki untuk menjelma akan memancarkan gelombang elektromagnet yang kemudian ditangkap oleh pelbagai alat EMF pengesan .

Pada suatu titik , si penyiasat berhenti kemudian tampak di kamera seakan - akan dia mengalami ' paralysis ' dimana dia terdiam dan tidak bergerak sama sekali , saat itu juga trifield meter yang dia bawa berbunyi dan menunjukkan adanya gelombang elektromagnetik yang sangat besar , dan tenaga itu muncul hanya pada saat si investogator mengalami paralysis , ketika dia sudah boleh bergerak , tenaga itu hilang begitu saja dan si penyiasat tiba - tiba mengalami ketakutan yang sangat hebat sambil menceritakan apa yang baru saja dia alami di depan kamera .

Beberapa orang juga mengabadikan sebuah objek tidak dikenali melayang di sekitar bulatan ini yang diyakini adalah UFO .

 Pola melingkar misteri di tengah hutan Hoia Baciu / foto dari Google Map


Pokok - pokok berbentuk aneh

Dalam hutan ini juga terdapat pokok-pokok yang berbentuk aneh , beberapa pokok - pokok di dalam hutan itu kelihatan seperti dibengkokkan tanpa sebab yang jelas . Beberapa orang percaya bahawa pokok ini bengkok disebabkan oleh aktiviti ghaib yang terjadi di dalam hutan tersebut , sementara yang lain berpendapat hal ini disebabkan kerana kerosakan genetik yang dialami oleh pokok saat ia tumbuh kerana terdedah kepada radiasi UFO .



Hoia Baciu adalah hutan yang penuh dengan misteri , kisah dan legenda , kerana hal ini lah Hoia Baciu menjadi daya tarikan baik bagi para saintis , penyiasat termasuk juga pelancong dari seluruh dunia yang ingin rasa suatu hal - hal yang berbau misteri , beberapa majalah dan stesen televisyen mengkategorikan hutan ini sebagai salah satu tempat paling menarik dan paling berhantu di planet ini .

Salah seorang pelakon , Nicholas Cage secara khusus datang ke Cluj hanya untuk melihat hutan misteri ini ketika shooting filemnya di Sibiu .


No comments:

Post a Comment