Koenigsegg Agera S kini di Malaysia


 “Impian saya ketika ber­umur ­lima tahun akhirnya terlaksana,” itulah kata pengasas kereta hyper Koenigsegg, Christian Von Koenigsegg ketika memperkenalkan Agera S buat kali pertama di negara ini, minggu lalu.

Menurutnya, beliau memulakan karier itu ketika umur 22 tahun, selain berkecimpung 20 tahun dalam industri automotif de­ngan menghasilkan kereta prototaip pertamanya pada 1996.

Selepas lebih enam tahun menghasilkan kereta prototaip, baru kereta buatan Sweden itu dijual untuk pasaran Eropah menerusi model CC8S sempena Pameran Auto Geneva pada 2002.

 AERODINAMIK dengan catatan 0.33 hingga 0.37 cd.

 Sehingga kini, hanya 126 unit Koenigsegg ada di seluruh dunia membabitkan beberapa model seperti CC8S, CCR, CCX, CCXR, Trevita, Agera, Agera R, Agera S dan One:1

Biarpun memperkenalkan beberapa varian pada peringkat global, Koenigsegg Agera S satu-satunya model dijual untuk pasaran tempatan buat masa ini selepas dibawa masuk oleh pengedarnya, Naza Swedish Motors Sdn Bhd (Naza Swedish Motors) iaitu anak syarikat Naza Group.

 ENJIN bahagaian belakang.

 Agera yang bermaksud ‘untuk mengambil tindakan’ dalam bahasa Sweden dan varian Agera S pula menggunakan enjin V8 5 liter de­ngan menghamburkan 1,030 kuasa kuda (hp) pada 7,100 rpm, manakala tork mencecah 1,100 Nm pada 4,100 rpm.

Jika dilihat kuasa dibekalkan, tidak hairan kereta itu dikatakan paling terpantas di dunia kerana boleh memecut melebihi 400 kilometer sejam (km/j). Malah, ia hanya mengambil 2.9 saat untuk memecut antara 0 hingga 100 km/j, manakala 0 hingga 200 km/j mencatat 7.8 saat.

 PERUMAH lampu depan.

Bagi pembangunan Agera S, enjinnya yang dilengkapi klac, roda tenaga dan sistem takungan kering hanya seberat 197 kilogram (kg) dengan tambahan 81 kg bagi transmisinya.

Untuk kuasa hentian pula, ia dibekalkan dengan cakera dan enam omboh seramik bagi memendek­kan jarak membrek.

Pengendalian ditingkatkan de­ngan sistem suspensi Triplex pertama di dunia yang dicipta Christian.

 BONET depan.

Tahap kecekapan bahan apinya mencatat 14.7 liter bagi 100 km, di mana satu tangki petrol 80 liter boleh dipandu melebihi 500 km.

Anggaran harga kereta buatan Sweden itu ialah kira-kira RM5 juta sebelum cukai, selain ditawarkan dengan tiga tahun jaminan.


SPESIFIKASI

Kuasa maksimum: 1,030 hp pada 7,100 rpm
Tork maksimum: 1,100 Nm pada 4,100 rpm
Transmisi: Tujuh kelajuan dengan klac berkembar
Kelajuan maksimum: Melebihi 400 km/j
Masa 0-100 km/j: 2.9 saat
Masa 0-300 km/j: 22.7 saat

Sumber: myMetro

3 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalammualaikum wbt

    ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

    Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

    Layari:

    umrahjohor.blogspot.com
    www.alfajrtravel.com.my

    Hubungi:
    07-2344437
    (utk sebarang pertanyaan)

    ReplyDelete