Rakaman video tragedi 9/11 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)


13 tahun lalu, 11 September 2001 pukul 8.46 pagi, pesawat American Airlines Penerbangan 11, menghentam Menara Utara WTC. Lalu, 17 minit kemudian, pesawat kedua - American Airlines Penerbangan 77 melanggar menara kedua. Akibatnya, 2,997 maut.

Itu keganasan terdahsyat dalam sejarah AS. Saat itulah Angkasawan NASA, Frank Culbertson merakam kesan kedahsyatan keganasan itu dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Rakaman tersebut ditayangkan oleh televisyen Inggeris Channel 4. Salah satunya bagaimana kepulan besar asap kelihatan dari tapak menara kembar World Trade Centre .

Malang sekali, berjam - jam kemudian , Culbertson - angkasawan yang merakam kejadian itu - mengetahui bahawa rakannya , Chic Burlingame , adalah salah satu pilot yang maut selepas pesawatnya dirampas para pengganas .

Program siaran langsung bertajuk ' Live From Space : Lap Of the Planet 'ditayangkan pada Ahad 16 Mac 2014 , dipandu presenter Dermot O'Leary dan angkasawan veteran Mike Massimino.

Rakaman singkat serangan 9/11 pernah dikeluarkan NASA untuk memperingati 10 tahun serangan pada 2011 namun tak secara menyeluruh dan tidak menyertakan kisah si perakam.


No comments:

Post a Comment