Gila, lumba marathon di tengah Gurun Sahara


Perlumbaan yang diberi nama " The Marathon des Sables " ini dilakukan di padang pasir Sahara sepanjang 345 km . Ia pertama kali dicetuskan oleh Patrick Bauer tahun 1986 . Patrick adalah seorang berbangsa Perancis yang ketika itu sedang berkunjung ke padang gurun di Algeria selama 12 hari dan menempuh perjalanan kira-kira 350 km . Saat itulah idea gila Patrick muncul untuk mengadakan lumba marathon ini .

Pada awalnya ia hanya diikuti oleh 23 peserta , tetapi sekarang lebih dari 12 ribu peserta menyertainya. Bahkan peserta perlu menunggu 2 tahun atau lebih untuk mendaftar . Perlumbaan ini dibahagi menjadi 6 bahagian dan laluannya berbeza setiap tahun .


Kerana berbahayanya perlumbaan ini , peserta digalakkan untuk hanya membawa barang - barang yang sangat diperlukan sahaja. Barang-barang yang berat boleh menjadi beban dan memperlahankan larian peserta selama perlumbaan berlangsung . Panitia hanya menyediakan air minum dan khemah , makanan ringan dan ubat anti serangga perlu dibawa sendiri oleh peserta .

Panasnya padang pasir Sahara boleh mencapai 50 darjah Celsius , bawaan yang berat , ribut pasir , kulit yang melempuh , bahkan khabar ada peserta meninggal semasa perlumbaan menjadi cabaran tersendiri . Tetapi melihat indahnya padang pasir Sahara , rakan - rakan baru , dan pengembaraan adalah pengalaman berharga yang akan dimiliki oleh para peserta.

No comments:

Post a Comment