Atas nama seni, seorang pelukis wanita Swiss berbogel dan memasukkan telur berisi cat ke dalam kemaluannya sebelum dipecahkan di atas kanvas bagi menghasilkan sebuah lukisan bertema kelahiran.
Lukisan dinamakan ‘PlopEgg’ ini dikatakan membawa simbolik ketakutan penciptaan dan kekuatan kreatif seorang wanita.
Milo Moire yang sememangnya dikenali kerana gemar melakukan persembahan seni dalam keadaan bogel kali ini beraksi depan orang ramai di luar pameran seni di Jerman baru-baru ini.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Moire melakukan aksi ‘membelanja’ tubuhnya kepada orang ramai demi sebuah karya.

Bagi menghasilkan ‘Scrip System’, Moire pernah mengejutkan pengguna komuter apabila menggunakan perkhidmatan awam tersebut tanpa mengenakan seurat benang pun dan hanya berkasut tumit tinggi sebelum ini.
Moire nampaknya mengikut jejak langkah beberapa pelukis provokatif terdahulu seperti Marina Abramovic, Yoko Ono dan Franco B yang gemar menggunakan tubuh badan untuk menzahirkan karya seni mereka. - MYNEWSHUB

Dah la bodoh, gila pulak tu
ReplyDeletetolol tuh cewek
ReplyDelete