NORWICH, England - Liverpool mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh 24 tahun selepas membenam Norwich City 3-2 di Carrow Road, semalam.
Bintang remaja berusia 19 tahun, Raheem Sterling menjadi inspirasi Reds apabila meledak dua gol dan mencipta gerakan untuk satu lagi jaringan yang disempurnakan oleh Luis Suarez bagi memastikan Liverpool mengukuhkan cengkaman pendahulu liga kepada lima mata di depan pasukan tangga kedua, Chelsea, yang kalah mengejut 1-2 kepada kelab tangga tercorot, Sunderland kelmarin.
Kemenangan ke-11 berturut-turut membolehkan Liverpool mengumpul 80 mata ketika persaingan berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan, manakala Suarez hampir pasti menamatkan kempen selaku penjaring terbanyak liga selepas meledak gol ke-30 musim ini.
Pasukan tangga ketiga, Manchester City, yang ketinggalan sembilan mata di belakang Reds hanya akan turun beraksi menentang West Brom hari ini.
Bagi Norwich, kekalahan terbaharu ini meletakkan mereka di zon bahaya, hanya dua mata dipisahkan daripada pasukan tangga ketiga dan kedua tercorot, Cardiff City serta Fulham.
"Dalam bola sepak, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku.
"Jadi, amat penting untuk pasukan kekal bertenang dan fokus kepada perlawanan berikutnya.
"Namun, sudah tentu kami sangat gembira dengan kemenangan ini," kata Suarez kepada Sky Sports.
Liverpool, yang kali terakhir merangkul kejuaraan Liga Perdana pada 1990 membuka jaringan seawal minit keempat selepas Sterling dengan penuh keyakinan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol, John Ruddy.
Pemain sayap England itu kemudian mencipta gerakan untuk gol kedua, apabila hantarannya kepada Suarez ditolak oleh penyerang Uruguay tersebut yang menunggu dalam kotak penalti untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-11.
Tuan rumah cuba bangkit sebaik saja separuh masa kedua bersambung dan beberapa gerakan yang diatur mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Gary Hooper merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-54.
Sterling memastikan tiga mata penuh menjadi milik Reds apabila meledak gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-62.
Biarpun Norwich cuba bangkit dengan merapatkan kedudukan 2-3 menerusi jaringan Robert Snodgrass di minit ke-77, ia tidak mampu untuk menyekat Liverpool daripada melakar kemenangan ke-11 berturut-turut.
Suarez kini hanya dipisahkan dengan dua gol untuk menyamai rekod jaringan terbanyak dalam satu musim yang dipegang bersama oleh Alan Shearer dan Cristiano Ronaldo.
Cabaran Liverpool selepas ini lebih sengit apabila bakal menerima kunjungan Chelsea di Anfield pada Ahad ini. - AFP
Manchester United tidak layak ke Liga Juara-juara
LONDON 21 April - Kepulangan semula David Moyes ke Goodison Park hari ini berakhir dengan mengecewakan apabila pasukan baharunya, Manchester United bukan saja tewas 2-0 kepada Everton, malah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Juara-juara.
Kekalahan terbaru itu menyebabkan anak-anak buah Moyes tidak mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris tanpa mengira apa yang bakal berlaku dalam baki empat perlawanan mereka.
Kekalahan terbaru itu menyebabkan anak-anak buah Moyes tidak mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris tanpa mengira apa yang bakal berlaku dalam baki empat perlawanan mereka.
Everton sebaliknya menghidupkan peluang untuk menempatkan diri ke kancah kejohanan kelab elit Eropah itu selepas hanya dipisahkan dengan satu mata di belakang pasukan tangga keempat, Arsenal, yang terdahulu mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Hull City.
Leighton Baines membuka jaringan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-28, sebelum Kevin Mirallas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-43.
Dalam perlawanan di Stadium KC, dua jaringan Lukas Podolski dan satu gol menerusi Aaron Ramsey memastikan Gunners kekal menduduki tangga ketiga liga dengan 70 mata. - AGENSI
Leighton Baines membuka jaringan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-28, sebelum Kevin Mirallas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-43.
Dalam perlawanan di Stadium KC, dua jaringan Lukas Podolski dan satu gol menerusi Aaron Ramsey memastikan Gunners kekal menduduki tangga ketiga liga dengan 70 mata. - AGENSI
BOLA2
ReplyDeleteGo n cmon liverpool....
ReplyDeletenext season man yu x payah bangun 'utk qiamullail' lg hehehehe
ReplyDelete