12 jongkong emas dalam perut

Foto: ndtv.com

New Delhi: Pakar bedah menemui 12 jongkong emas kecil bernilai 1.2 juta rupee (RM64,400) dalam perut seorang pesakit yang mengadu sakit perut.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu menelan emas yang setiap satu seberat 33 gram di Singapura sebelum membawanya ke India pada 28 Mac lalu.

Namun dia gagal mendapatkan semula emas berkenaan selepas tersekat di usus kecilnya walaupun minum air yang banyak dan mengambil julap.

Pada 7 April lalu, lelaki itu meminta dibedah kononnya atas alasan dia sakit perut selepas tertelan penutup botol.


Imbasan x-ray dilakukan mengesahkan bahan asing di dalam perutnya sebelum lelaki itu dibedah.


Bagaimanapun, doktor yang menemui emas berkenaan terus menghubungi kastam dan polis.

Emas itu dirampas pihak kastam sebelum ahli perniagaan terbabit ditahan polis.

“Dia ahli perniagaan berjaya jadi memang mengejutkan apabila dia melakukan kesalahan ini,” kata doktor yang merawatnya, CS Ramachandran. - Agensi

Harian Metro

No comments:

Post a Comment