Penduduk Jakarta gempar kemunculan sekumpulan pocong

Foto: republika.co.id

JAKARTA - Beberapa penduduk menggemparkan kawasan pusat bandar apabila mengenakan kostum pocong dalam satu tunjuk perasaan baru-baru ini.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) bagi menentang rasuah, rampasan tanah dan ketidak adilan yang berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia.

Menurut portal berita, republika.co.id, tunjuk perasaan itu telah diadakan di hadapan Pejabat Daerah Khusus Ibukota (DKI) di sini.

Selain memegang sepanduk, peserta tunjuk perasaan itu juga membawa keranda dan memakai kain kapan.

Perhimpunan selama beberapa jam itu bertujuan mendesak kerajaan bertindak segera bagi menangani segera masalah pecah amanah yang berlaku di daerah berkenaan.

Penunjuk perasaan itu meminta Gabenor Jakarta, Joko Widodo dan Wakil Gabenor Basuki Tjahaja Purnama menyiasat sepenuhnya tindakan pecah amanah melibatkan kes kecurian dana bajet kewangan negara membabitkan pembelian tanah di perkampungan Rawamangun, di Jakarta Timur.

No comments:

Post a Comment