Usai dibebas dari penjara, kanibal bersaudara kembali makan manusia

Kanibal bersaudara Arif dan Farman. ©newslinemagazine.com

Dua beradik di Bhakkar , Pakistan , yang sebelumnya dipenjara kerana perbuatan kanibalisme dilaporkan kembali memakan daging manusia . Kepala seorang budak lelaki ditemui di rumah mereka .

Mohammad Arif Ali dan Mohammad Ali Farman ditangkap pada April 2011 selepas mereka didapati telah menggali dan memakan 150 mayat di sebuah kubur, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Independent , Isnin ( 14 / 4 ) .

Pakistan selama ini tidak mempunyai undang-undang bagi menghukum para pelaku kanibalisme . Namun dua bersaudara itu ditangkap atas tuduhan melanggar ketenteraman awam dan mereka dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta denda.

Selepas dibebaskan polis kemudian menyerbu rumah mereka minggu ini dan menemui kepala seorang budak lelaki.

Pegawai polis Amir Abdullah berkata selepas Arif ditangkap dia mengakui perbuatannya . Sedangkan Farman kini masih bebas .

Kedua beradik itu sebelumnya ditahan di Universiti Perubatan Raja Edward di Bandar Lahore . Di sana mereka diperiksa oleh pasukan dari jabatan neurosains.

Sumber: merdeka.com

1 comment: