Mei Marlina punyai 2 suami, 1 kekasih

Gambar hiasan
 
Nganjuk: Dia sudah bersuami dan mempunyai empat anak tetapi mengaku masih bujang. Akibatnya Mei Marlina - wanita dari Ngawi di Jawa Timur itu - terperangkap dalam masalah berpanjangan,

Mei 35, kini didakwa mempunyai dua suami serentak, selain menjalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih.

Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei.


Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja.


Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak. Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk.

Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun.

Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi.

Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka.

Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama.

Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK.

Mereka didakwa berkenalan di sebuah kelab malam di Kediri dan apabila perkara itu terbongkar, Mei mengaku yang dia sudah mengadakan seks dengan STK.- Agensi

Sumber: Harian Metro

1 comment: