Gambar hiasan
WASHINGTON - CIA telah menggunakan lagu - lagu kumpulan Red Hot Chili Peppers dalam usaha mendapatkan maklumat dari para suspek pengganas . Hal itu terungkap dalam sebuah laporan rahsia yang bocor yang menyenaraikan kaedah soal siasat yang digunakan CIA .
Dua pegawai Jawatankuasa Perisikan Senat AS membocorkan butiran laporan rahsia yang didakwa telah menunjukkan bahawa sejumlah suspek pengganas telah secara diam - diam ditahan dan disoal siasat di Camp Echo Teluk Guantanamo . Para suspek di Camp Echo sebelumnya diterbangkan ke Maghribi dan kemudian kembali ke Guantanamo .
Para suspek juga ditahan di " lokasi - lokasi rahsia " lain , termasuk di pengkalan tentera AS di Pulau Diego Garcia di Lautan Hindi serta sebuah lokasi di Poland . Sumber - sumber itu , yang tidak mahu diungkap identitinya , mengatakan kepada Al Jazeera bahawa kaedah tersebut , yang dikenali sebagai teknik survival evasion resistance escape ( SERE ) , merupakan tiruan dari kaedah penyeksaan rejim komunis . Teknik yang digunakan ialah : tidur , makanan , air dan akses perubatan yang minimum , serta " penggunaan ancaman " .
Proses tersebut bertujuan untuk melemahkan kemampuan seseorang dalam melawan soal siasat .
Program SERE menyatakan bahawa dengan mengasingkan tawanan , orang akan membina " pergantungan " pada interogator . Kekerasan juga didakwa telah digunakan .
Namun , menurut sumber - sumber itu , satu orang menjadi sasaran 10 teknik soal siasat yang dinyatakan dalam memo Jabatan Kehakiman pada Ogos 2002 .
Suspek bernama Zain Abidin Muhammad Husain Abu Zubaydah menjadi sasaran kaedah tersebut. Abu Zubayadah antara lain dibuat terjaga lebih lama dari 11 hari yang disyorkan dan menuangkan air sejuk pada tubuhnya yang telanjang untuk mencegahnya tidur .
Dikatakan bahawa suspek kemudian dimasukkan ke dalam sangkar yang biasa digunakan untuk meletakkan haiwan di lapangan terbang sebelum diperdengarkan muzik - muzik keras .
Ini bukan kali pertama muzik digunakan sebagai taktik untuk menyoal siasat suspek . Tahun 2003 , tahanan perang Iraq yang tidak mahu bekerja sama menjadi sasaran muzik Metallica serta muzik Sesame Street dan Barney .
Seorang bekas interrogator mengatakan kepada Al Jazeera bahawa muzik yang digunakan dalam kes Abu Zubayadah adalah Red Hot Chili Peppers . Lagu hits kumpulan itu termasuk " Californication " dan " Can't Stop " . Lagu " By the Way " dan " Can't Stop " dikeluarkan tahun 2002 , tahun ketika Abu Zubayadah diduga ditahan .
Salah seorang interrogator mengatakan, " Para interogator ditekan , anda perlu mendapatkan maklumat dari orang - orang ini . "
Peguam Abu Zubayadah berkata beliau berharap laporan itu akan menyokong tuntutan pelanggan sebelumnya tentang kaedah yang digunakan semasa soal siasat .
Sumber: kompas.com

No comments:
Post a Comment