Heskey, Anelka jadi sasaran TRW

 
KOTA BHARU - Dua pemain bertaraf dunia, Nicholas Anelka dan Emily Haskey berada dalam radar The Red Warriors untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M).


Rancangan itu disahkan sendiri oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, pihaknya sedang meneliti sepenuhnya perkara tersebut dari semua aspek, termasuk kewangan pasukan, kontrak dan sebagainya bagi mengelakan timbul masalah di kemudian hari.

Menurutnya, keputusan mengenai perkara ini akan dibuat sebelum pintu pendaftaran pemain untuk sesi kedua ditutup pada 23 April nanti.

“Walaupun kedua-dua­nya sedikit berumur, kita tetap perlu membuat penilaian ke atas mereka.

“Paling lewat kita akan buat keputusan pada 15 April ini.

“Saya memang banyak berjumpa dengan pemain, sekarang kita akan mengambil pemain bertaraf dunia bagi memperkuatkan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita disini semalam.

Annuar memberitahu, selain Anelka dan Heskey, tonggak kebangsaan Ghana, Prince Tagoe turut berada dalam radar The Red Warriors untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan.

Katanya, Tagoe datang berjumpa dengan beliau dan menawarkan diri untuk mencurahkan bakti bersama The Red Warriors.

“Kebetulan dia (Tagoe) ada masalah dengan kelab lamanya dan ingin mengubah haluan.

“Dia kemudiannya menawarkan diri untuk beraksi dengan The Red warriors," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan KAFA akan membawa masuk Tagoe dalam usaha memperkuatkan The Red Warriors.

Jika perkara tersebut berlaku, tonggak kelahiran Liberia Francis Forkey Doe bakal digugurkan oleh The Red Warriors pada pintu perpindahan pemain kali ini.

Setakat ini, Kelantan sudah mempunyai empat tonggak iaitu iaitu Mohamad Ghaddar (Lubnan), Mohamad Shawky Yazid (Mesir), Obinna Nwaneri (Nigeria), termasukan Forkey Doe.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, KAFA masih memberikan dua peluang kepada Forkey Doe untuk membuktikan keupayaanya sebagai penyerang.

“Saya harap dia dapat menggunakan dua peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan sebelum kita membuat keputusan," ujarnya.

Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Malu wey .. standard bola ore kito malasia ni standard kapong lg wey. Uboh caro maing dulu la .. uboh caro pemikire semo pasuke agar betul2 brmain bola jange maing ore. Ni gak lambak bola duk kaki lawe gi terjoh kotse .. hambak jugok hambak jugok. Paru2 demo besa mano nok tehe 90 minit. Jange nok koya tunjuk goh nok amik ore pro. Bazir pitih .. ni ambo royak ikhlah buke ko trw tapi semo blako, deh.

    ReplyDelete