Mangsa putus tangan kanan selepas membuka bungkusan berisi bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di atas bonet keretanya.
SERI KEMBANGAN – “Saya dengar dia jerit minta tolong sambil berdiri memegang tangan kanannya yang hancur berkecai,” kata jiran kepada seorang lelaki yang parah akibat terkena letupan bom dipercayai buatan sendiri, pagi tadi.
Norsiah Othman, 52 berkata, sebelum itu kira-kira jam 5.30 pagi dia terdengar bunyi letupan kuat lantas mengejutkan suaminya untuk melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia terlihat kepulan asap di rumah jiran terletak kira-kira 100 meter dari jarak rumahnya.
Bimbang sesuatu yang buruk, Norsiah bersama suami, Syed Badrul Hisham Syed Abdullah, 53, bergegas keluar rumah dan terus menuju ke arah kepulan asap tersebut.
Dia pada mulanya menyangka bunyi kuat itu adalah letupan tong gas namun sangkaan meleset apabila melihat seorang lelaki tersandar di sebuah kereta dengan keadaan berlumuran darah.
Lelaki yang hanya berseluar pendek dan cedera di beberapa bahagian tubuh badan itu meminta pertolongannya sebelum dia segera mengambil tuala dan membalut tangan kanan mangsa yang sudah terkulai.
“Mangsa dalam keadaan sedar... dia sempat beritahu bungkusan plastik disangka sampah yang ditemui atas bonet keretanya tiba-tiba meletup, sisa tin dan botol minuman dipercayai berada dalam bungkusan turut bertaburan di atas lantai,” katanya.
Norsiah berkata, dia kemudian menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment