Cerita si pencuri ayam terjatuh dalam tangki najis

Gambar hiasan
 
Kejadian melucukan dialami Lasimin (45 ), seorang penduduk Temunga , Malang yang berniat mencuri ayam. Namun apalah daya akhirnya Lasimin terpaksa bermalam di dalam kubangan tangki septik.
 
Isnin malam, 28 Mac 2014, Lasimin mengendap - ngendap di belakang rumah Milik Sholeh (48), penduduk Kedungkandang , Malang . Dia berjaya memasuki belakang rumah tersebut lalu berjalan menuju reban buluh yang dikunci.

Di dalam reban yang berkunci itu mengandungi ayam dia inginkan . Usai berhasil mengambil ayam tersebut , dia Lalu membungkus ayam itu di dalam sarung yang dia bawa supaya ayam tidak berkokok, dan aksinya tidak diketahui tuan rumah.

Untuk keluar dengan selamat dia harus melalui jalan yang gelap.

Lelaki separuh umur tersebut lalu membawa ayam menyusuri rimbunan pohon buluh di belakang rumah Sholeh . Namun malang, kira - Kira 20 meter, dia tergelincir dan terjatuh ke dalam lubang tangki najis yang ditutup dengan buluh.

Tangki yang mengandungi najis manusia itu menenggelamkan tubuhnya membuatnya terkejut dan panik lalu Lasimin menjerit minta tolong .

Sayangnya, masa itu telah pun pukul satu pagi, jeritannya tidak didengari orang. Akhirnya mahu tak mahu Lasimin terpaksa bermalam di dalam tangki najis itu bersama ayam yang dicurinya.

Bila siang menjelma, Lasimin kembali menjeri meminta tolong. Saat itu Sholeh si tuan rumah yang ayamnya dicuri mendengar teriakan Lasimin . Melihat Lasimin terjebak di dalam tangki septik, dia memanggil penduduk sekitar untuk membantu mengeluarkan Lasimin. Dengan menggunakan sebuah tangga buluh, akhirnya Lasimin dapat dikeluarkan.

Nasib malang Lasimin tak berakhir di situ, polis datang untuk menahannya . Dia dibawa ke balai polis Kedung Kandang , Kota Malang, Lasimin dibersihkan dari kotoran manusia yang melumuri badannya . Tentu saja saja, dia harus dalam keadaan wangi , jika tidak semua akan pengsan dengan bau najis manusia di tubuhnya.

Nasib Lasimin sebenarnya masih baik, dia tidak tercabut nyawa di dalam tangki najis tersebut. Dan tentu saja Lasimin harus rela berada di balai polis untuk siasatan lanjut .

Sumber: merdeka.com

1 comment: